GAGAL TENTUSAH SEMULA ALAT TIMBANG DAN SUKAT PERDAGANGAN, PENIAGA HARDWARE DIKOMPAUN

Sebuah premis hardware di bandar Labuan telah dikenakan tindakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan semula bagi tujuan perdagangan. Kesalahan tersebut diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71].
Pemeriksaan pematuhan oleh 4 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan di premis runcit dan hardware sekitar bandar mendapati seorang peniaga gagal memastikan alat timbang dan sukat ditentusahkan semula mengikut perundangan. Kegagalan ini boleh menjejaskan ketelusan urus niaga dan keyakinan pengguna. KPDN menegaskan kewajipan penentusahan berkala melalui pembaik berlesen dan akan terus mempergiat pemeriksaan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan.

Sumber: KPDN WP Labuan

Artikel/Berita Terkini

PERANCANGAN STRATEGIK PERKUKUH PRESTASI SYARIKAT

ALBUM: Mohd Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Faez dan Catherine serta pihak pengurusan AHSB sempena pertemuan itu. KOTA KINABALU: Pembantu …

PESAWAT TUDM HANTAR BANTUAN MAKANAN KE KAMPUNG SUMAMBU

BANTUAN: Bekalan bantuan makanan dimasukkan ke dalam pesawat helikopter AW139 TUDM untuk dihantar ke Kampung Sumambu, Kemabong. TENOM: Bantuan makanan …

INISIATIF PENDIDIKAN PERKUKUH KOMITMEN KERAJAAN BANTU PELAJAR SABAH

SENTOSA: Hajiji dan jemputan lain bergambar bersama para penerima Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Bantuan Anugerah …