DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Dapur Komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Transit Harapan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Februari 2026. Melalui aktiviti penyediaan sandwich telur ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada kemahiran asas penyediaan makanan, malah diberi ruang untuk berinteraksi, bekerjasama dan membina keyakinan diri dalam suasana komuniti yang positif dan saling menyokong antara satu sama lain.
Program ini mencerminkan usaha berterusan Pusat Transit Harapan Pulau Pinang dalam mewujudkan persekitaran yang inklusif, selamat dan berteraskan nilai kemanusiaan di mana setiap individu diraikan dan diberi peluang untuk berkembang.
Sumber : Pusat Transit Harapan Pulau Pinang https://www.facebook.com/pusattransitgelandanganpulaupinang



