HEBAT: MELAKA TERBUKA TERIMA CADANGAN RAKYAT MAJUKAN PELANCONGAN

Seri Negeri – Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mendengar segala pandangan mahupun cadangan daripada rakyat untuk bersama memajukan sektor pelancongan yang menjadi teras ekonomi utama Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, setiap pandangan atau cadangan yang diterima akan diteliti sebaiknya bagi melihat sama ada ia bersesuaian atau tidak dengan landskap pelancongan negeri bersejarah ini.

Beliau memaklumkan, menerusi Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026, beberapa kertas cadangan telah diterima daripada rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi penganjuran program yang berpotensi merancakkan lagi kehadiran pelancong.

“Kesemua kertas cadangan yang dibawa pada Program HEBAT ini akan kita teliti sebaiknya di mana jika ia boleh membantu merancakkan pelancongan sudah pasti kita akan terbuka dan sedia bekerjasama menganjurkannya.

“Alhamdulillah, pada ketika ini, di bawah portfolio pelancongan, kita tidak mempunyai banyak masalah atau aduan memandangkan negeri ini telah membuktikan keupayaan sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program HEBAT Siri 1/2026 di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas menyifatkan HEBAT sebagai sebuah program yang cukup hebat dan perlu diteruskan.

Jelas beliau, program yang digagaskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu bukan sahaja membuka ruang buat rakyat mendekati pemimpin, bahkan pada masa sama menzahirkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam menyantuni dan menyelesaikan segala masalah rakyat.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …