PERKUKUH INFRASTRUKTUR WILAYAH

RMK-13: Perkukuh Infrastruktur Wilayah

Fokus Kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur wilayah sebagai teras pembangunan negara di bawah RMK – 13. Pendekatan ini menekankan pembangunan wilayah berdasarkan kekuatan dan potensi setempat selari dengan prinsip kemampanan dan kesejahteraan rakyat.

  1. Pembanguan Hab Pengeluaran Makanan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bertujuan memperkasakan sektor pertanian dan agro makanan, menjamin keselamatan makanan negara, meningkatkan pendapatan petani dan komuniti luar bandar, mengurangkan kebergantungan kepada import makanan selari dengan menjadikan Pantai Timur sebagai pusat strategik pengeluaran makanan negara.
  2. Pembangunan Hab Tenaga Mampan Negara iaitu di Sabah dan Sarawak diberi peranan penting sebagai hab tenaga mampan melalui pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti hidro, solar dan biojisim, pengukuhan infrastruktur tenaga dan grid, menyokong peralihan kepada ekonomi hijau dan rendah karbon. Usaha ini bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga negara, malah membuka peluang pelaburan dan pekerjaan di Malaysia Timur.

Sumber: RMK – 13 dan Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …