BUDI MADANI

Kerajaan memperkenalkan Skim kelayakan berperingkat bagi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) untuk pemandu e-hailing yang akan diaktifkan pada pertengahan setiap bulan.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, langkah tersebut dibuat sebagai sebahagian penambahbaikan dalam usaha memastikan pelaksanaan subsidi bersasar yang saksama bagi melindungi pemandu e-hailing.

Tahap kelayakan siling bulanan BUDI95 bergantung kepada jumlah jarak perjalanan dan bagi pemandu e-hailing yang memandu kurang daripada 2,000 kilometer, mereka layak menerima 300 liter seperti sedia ada.Manakala bagi pemandu yang memandu antara 2,000 hingga 5,000 kilometer pula mereka akan menerima tambahan 300 liter menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter.

Selain itu mereka yang melebihi 8,000 kilometer layak memperoleh 800 liter sebulan iaitu tambahan 500 liter. MoF memaklumkan jarak perjalanan seseorang pemandu e-hailing akan dikira berdasarkan jumlah data perjalanan yang direkodkan oleh semua Syarikat Pengendali E-Hailing (EHO), dan akan dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

Langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan jumlah kelayakan BUDI95 pada setiap peringkat adalah mencukupi untuk menampung jarak perjalanan harian majoriti pemandu e-hailing. Pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan bagi membolehkan syarikat pengendali teksi lapangan terbang memohon fleet card di bawah Skim Kawalan Petrol dan Diesel Bersubsidi (SKPS) yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Langkah yang dibuat ini selari dengan pelaksanaan sedia ada bagi kategori teksi dan kereta sewa yang layak menerima sehingga 800 liter petrol RON95 bersubsidi setiap bulan. Bagaimanapun limousin yang beroperasi di lapangan terbang dan tidak dikawal selia APAD tidak layak untuk memohon fleet card di bawah SKPS

Sumber: Malaysia MADANI dan Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …