GASING PANGKAH WARISAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Gasing Pangkah merupakan warisan tradisional Melayu yang unik serta berseni dan berpotensi untuk di kembangkan ke seluruh dunia yang memerlukan promosi dari semua pihak. Keunikan permainan Gasing Pangkah ini menjadi daya tarikan pelancong kerana tidak semua orang mahir bermain gasing. Terdapat tiga kriteria bagi memastikan gasing dapat bertahan lebih lama iaitu kelajuan, keseimbangan dan kekuatan di mana Gasing Pangkah dimainkan dengan cara memangkah gasing pihak lawan yang sedang berpusing di bahagian atas badan gasing yang telah dipasangkan besi. Gasing Pangkah dimainkan dengan melemparkan gasing sehingga mengetuk gasing pihak lawan untuk menghentikan pusingan manakala untuk gasing uri ia dipertandingkan dalam sesuatu acara untuk menguji ketahanan gasing berpusing untuk tempoh yang lama. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai padi atau musim buah-buahan. Kini ianya mula dimainkan semula di kampung-kampung sekitar Kuala Nerus, Terengganu. Semakin hari semakin banyak kumpulan gasing ditubuhkan dan kerap kali mengadakan pertandingan persahabatan antara kampung.

Sumber:

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92414/1/92414.pdf

https://www.facebook.com/discoveryterengganu/posts/permainan-gasing-leper-terengganu-atau-gasing-pangkah-merupakan-salah-satu-perma/2686210454809380/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …