CUKA EPAL (ACV): PENAWAR ATAU RACUN PADA GIGI DAN PERUT?

Cuka epal (apple cider vinegar) dihasilkan melalui penapaian jus epal. Proses ini menghasilkan asid asetik, sesuatu bahan aktif utama yang memberi cuka epal rasa masam dan pelbagai manfaat kesihatan, termasuklah menyokong kesihatan usus, mengawal paras gula dalam darah, dan membantu pengurusan berat badan. Cuka epal yang berkualiti biasanya tidak ditapis dan mengandungi “mother of vinegar”, iaitu sedimen semula jadi yang penuh dengan enzim dan bakteria baik. Jenis ini lebih digemari dalam amalan kesihatan tradisional.

ACV bukan air kosong yang boleh diteguk sesuka hati kerana ia mengandungi asid asetik yang tinggi. Ikuti 5 tips ini untuk keselamatan gigi dan perut semua.

  1. WAJIB Cairkan (Dilute)

Jangan sesekali shot terus dari botol! Pastikan anda campur 1 sudu kecil ACV ke dalam 1 gelas besar air. Kepekatan yang terlalu tinggi adalah punca utama kerongkong rasa terbakar dan perut pedih.

  1. Gunakan Straw

Ini rahsia pakar gigi. Minum melalui straw dapat mengurangkan sentuhan terus asid dengan enamel gigi anda. Asid ACV boleh melembutkan enamel dan membuatkan gigi cepat reput.

  1. Minum SELEPAS Makan

Jangan ambil ACV semasa perut kosong (terutamanya waktu pagi) jika anda ada sejarah perut sensitif. L

  1. Kumur & Tunggu 30 Minit

Selepas minum, terus kumur dengan air kosong untuk bersihkan sisa asid. Jangan terus berus gigi! Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit supaya enamel gigi kembali keras sebelum diberus.

  1. Cukup Sekali Sehari

Lebih banyak tidak bermakna lebih cepat kurus. Sekali sehari sudah memadai untuk mendapatkan manfaatnya tanpa membebankan sistem badan.

Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia

https://www.mahnazfood.com/ms/blogs/blog/cuka-epal-untuk-kesihatan-dan-

kegunaan-rumah?srsltid

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …