OPERASI BERSEPADU PEMEDAGANGAN MANUSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemedagangan Manusia yang melibatkan sebuah kilang besi. Dalam operasi tersebut, MBSP mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. Satu (1) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

 

Selain itu, MBSP turut mengeluarkan satu (1) notis menghendaki perniagaan dihentikan dalam tempoh tujuh (7) hari. Sementara itu, PDRM menjalankan semakan dokumen terhadap pekerja warga asing di premis berkenaan. Hasil pemeriksaan awal mendapati 13 orang warga asing dikenal pasti dan akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan dokumen serta status pekerjaan yang sah.

 

 

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …