KOTA KINABALU, 27 Januari (Selasa) – Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, YTH. Bapak Noorman Effendi bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri bertempat di Ibu Pejabat MKN Negeri Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan sebagai sesi suai kenal susulan pelantikan Bapak Noorman selaku KJRI Kota Kinabalu yang baru berkuatkuasa 9 September 2025. Perbincangan isu berkaitan kepentingan dan kerjasama antara kedua-dua pihak turut menjadi fokus pertemuan pada kali ini.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah



