MAIM SALUR SUMBANGAN BAIK PULIH SURAU, NAIK TARAF TANAH WAKAF PERKUBURAN

Masjid Tanah – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan bagi membantu kerja baik pulih dan naik taraf dua buah surau dan satu tanah wakaf perkuburan di daerah Alor Gajah.

Sumbangan itu disalurkan menerusi dana zakat fisabilillah yang diperuntukkan untuk membiayai segala usaha, perjuangan dan aktiviti yang bertujuan menegakkan agama Islam.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, dua buah surau yang terlibat adalah Surau Kampung Tengah Berisu, Lubok China dan Surau Semelenggang Kampung Berisu, Lubok China.

Manakala sumbangan tanah wakaf perkuburan pula disalurkan untuk Tanah Wakaf Perkuburan Lama Kampung Pengkalan Balak.

“Sumbangan itu adalah bagi tujuan baik pulih dan naik taraf pembangunan fizikal sedia ada di dua buah surau berkenaan.

“Sementara, tanah perkuburan lama pula diperuntukkan sumbangan bagi memasang tembok pagar di sekeliling tanah wakaf itu,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, penyampaian sumbangan berkenaan telah disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Sumbangan itu juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen MAIM untuk terus menjadi agensi agama prihatin terhadap keperluan umat Islam di negeri ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …