SABAH METERAI MOU DENGAN DARUL IFTA MESIR

KAHERAH: Kerajaan Sabah melakar sejarah di persada antarabangsa apabila memeterai perjanjian persefahaman (MoU) strategik dalam hal ehwal kefatwaan dan pembangunan ilmu Islam bersama Darul Ifta Mesir, sebuah institusi kefatwaan berwibawa yang menjadi rujukan dunia Islam.

MoU berkenaan yang merangkumi kerjasama kepakaran, latihan kefatwaan serta pembangunan keilmuan Islam ditandatangani oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, bersama Mufti Kerajaan Republik Arab Mesir, Prof Dr Nazir Mohamad Ayyad.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Pejabat Darul Ifta di Kaherah, hari ini.

 Prof Dr Nazir Mohammad Ayyad menyerahkan memorandum persefahaman kepada Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif pada Majlis MoU di Pejabat Darul Ifta di Kaherah.

Arifin ketika ditemui berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Darul Ifta Mesir khususnya Mufti Mesir kerana merealisasikan visi dan misi pembangunan syiar ilmu serta kepakaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dirancang sejak beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini saya telah berkunjung dan mengemukakan permohonan kepada Mufti Mesir. Alhamdulillah, pelbagai usaha berterusan dilaksanakan melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), JHEAINS, Pejabat Mufti Sabah, Pejabat Peguam Besar Sabah, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah serta pegawai Yayasan Sabah di Kaherah.

“Akhirnya, usaha itu menampakkan kejayaan dengan termeterainya MoU pada petang ini,” katanya.

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bersama Mufti Prof Dr Nazir Mohammad Ayyad menandatangani memorandum merangkumi kerjasama kepakaran, latihan kefatwaan serta pembangunan keilmuan Islam di Pejabat Darul Ifta di Kaherah.

Sementara itu, Prof Dr Nazir Mohamad Ayyad menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai platform penting dalam mengukuhkan hubungan ukhuwah dan mahabah Islamiah antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, kerjasama itu juga mampu memperkasa bidang syariah, dakwah, penyelidikan serta keilmuan Islam melalui perkongsian kepakaran tokoh-tokoh ilmuan Darul Ifta Mesir.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih; Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Husin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hanafiah Kassim; Timbalan Duta Besar Malaysia di Kaherah serta Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Japar.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …