PRK KINABATANGAN, LAMAG: 93 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB

KOTA KINABALU: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag menyaksikan seramai 176 pengundi membabitkan anggota polis yang bertugas di kawasan itu menunaikan tangunggjawab pada Selasa.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata jumlah itu mewakili 93 peratus daripada 189 anggota polis yang layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Katanya, proses pengundian awal dibuka di satu pusat di Teratak Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

Pengundian biasa bagi kedua-dua PRK itu pula dijadualkan pada Sabtu ini.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Kinabatangan iaitu di antara Mohd Naim Kurniawan Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Pertandingan satu lawan satu pula di kerusi DUN Lamag iaitu Mohd Ismail Ayob atau Miha (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek Chua (Warisan).

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …