PENGURUSAN SISA MAMPAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran (JPP) terus memperkukuh usaha ke arah pengurusan sisa mampan dengan melancarkan inisiatif pengumpulan sisa tekstil di Taman Kejiranan Desa Mawar menerusi kerjasama strategik bersama Life Line Coaching Malaysia (LLCM).

inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan beban tapak pelupusan sampah serta memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengasingan sisa di punca. Pulau Pinang menjana kira-kira 1,300 tan sisa pepejal setiap hari, namun hanya sekitar 500 tan berjaya diasingkan. Sisa tekstil pula, yang merangkumi kira-kira dua peratus daripada keseluruhan komposisi sisa, menyumbang beribu-ribu tan ke tapak pelupusan setiap tahun.

Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, MBPP telah menempatkan tong pengurusan sisa tekstil berwarna merah jambu di 31 lokasi melibatkan keseluruhan 45 tong. Jumlah ini dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan orang awam serta penglibatan sektor swasta.

 

Sumber : Buletin Mutiara https://www.facebook.com/buletinmutiara

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …