HYPENIC JERK

Misteri “jatuh” dalam tidur.

Pernah tak berlaku pada anda, mata dah berat dan sedang enak melayan perasaan nak terlelap, tiba-tiba badan anda tersentak kuat seolah-olah anda baru terjatuh dari bangunan tinggi atau tergelincir masuk gaung?

Jantung terus berdegup laju dan mata terus terbuka luas. Hilang terus mengantuk tadi.

Jangan risau, anda tak gila dan anda tak kena kacau hantu. Fenomena anatomi ini dipanggil Sentakan Hipnik atau Hypnic Jerk.

Hypenic Jerk adalah satu salah faham antara otak dan otot anda.Semasa kita mula hendak tidur, otot-otot badan akan mula menjadi rehat dan lumpuh (sleep paralysis) supaya kita tak bergerak masa mimpi nanti. Pada masa yang sama, degupan jantung dan pernafasan akan menjadi perlahan.

Kadang-kadang, jika anda terlalu penat atau stres, proses rehat ini berlaku terlalu pantas. Otak anda yang masih separa sedar menjadi keliru. Ia mengesan otot yang lumpuh dan jantung yang perlahan itu sebagai tanda-tanda kematian atau sedang jatuh dari tempat tinggi.

Jadi, sentakan yang anda rasa malam tadi tu sebenarnya adalah usaha otak anda nak selamatkan nyawa anda, walaupun hakikatnya anda cuma baring selamat di atas tilam empuk. Otak anda cuma terlalu prihatin (overprotective).Biasanya benda ni jadi kalau kita terlampau penat, stres, atau minum kopi dekat waktu tidur.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …