BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH!

Bangun Dari Duduk Tiba-Tiba “Gelap”? Jangan Main-Main, Boleh Pecah Kepala!

Pernah tak tengah syok duduk bersila, bila bangun je rasa dunia berpusing, mata kabur, dan nak rebah?

Ramai ingat ini sebab “angin” atau penat biasa.

TAPI, jika bacaan tekanan darah anda bawah 90/60 mmHg, anda sebenarnya mengalami Tekanan Darah Rendah (Hipotensi).

Bahayanya bukan pada pening tu semata-mata. Bahayanya adalah bila anda PITAM & JATUH.

Bayangkan kalau jatuh dalam bilik air atau tepi bucu meja? Risiko kecederaan otak dan patah tulang sangat tinggi!

Punca-punca biasa:

  • Kurang minum air (Dehidrasi)
  • Masalah jantung atau hormone
  • Kurang garam dalam badan
  • Perubahan postur mengejut (Duduk ke Berdiri)

Tips PHM untuk Geng Darah Rendah:

  • Minum air kosong secukupnya (Bagi paip darah kembang).
  • Jangan bangun mengejut. Duduk tegak dulu seminit, baru bangun.
  • Jangan silang kaki bila duduk (menghalang aliran darah).

Jangan biarkan organ anda “lemas” tak cukup oksigen. Kalau selalu sangat jadi “zombie” pagi-pagi, pergi cek doktor segera.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …