PROGRAM “JOM KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT”

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program “Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat” pada 14 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Program ini diisi dengan dua sesi taklimat iaitu Taklimat Anti Buli dan Gangguan Seksual yang disampaikan oleh Tuan DSP Mohamad Jazlan bin Sharif, Penolong Pengarah (Polis), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu. Manakala sesi kedua adalah Taklimat Ancaman Permainan Dalam Talian Serta Bahaya Penggunaan Gajet Secara Berlebihan, yang disampaikan oleh Encik Nawfal Awwab Noordin Asimi, Penolong Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Terengganu.
Program ini disertai oleh murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dari SK Atas Tol. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi perkongsian maklumat kepada murid-murid terhadap isu-isu semasa yang banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah, yang turut membimbangkan para ibu bapa serta guru-guru. Antaranya adalah berkenaan dengan buli, gangguan seksual, ancaman permainan dalam talian serta ancaman penggunaan gajet secara berlebihan.
Bagi memeriahkan majlis dan menaikkan semangat murid-murid, program turut diselitkan dengan sesi kuiz dan pembahagian hadiah kepada mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz.
MKN Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Atas Tol di atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan program pada hari ini.

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …