Berdengkur kuat bukan sekadar bunyi mengganggu, ia boleh menjadi tanda sleep apnea iaitu keadaan serius apabila pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur, kadangkala selama 10 saat atau lebih.
Keadaan ini menyebabkan kualiti tidur terganggu dan paras oksigen dalam badan menurun tanpa disedari, walaupun seseorang kelihatan sedang tidur lena.
Antara tanda amaran yang perlu diberi perhatian ialah berdengkur kuat, terhenti nafas ketika tidur, kerap terjaga tercungap-cungap serta rasa mengantuk berlebihan pada waktu pagi.
Faktor risiko termasuk obesiti, tonsil yang besar, merokok dan peningkatan usia. Jika tidak dirawat, sleep apnea boleh meningkatkan risiko darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar dan kencing manis.
Berita baiknya, sleep apnea boleh dicegah dan dirawat. Langkah seperti mengurangkan berat badan, berhenti merokok dan mendapatkan rawatan seperti penggunaan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) atau rawatan pembedahan tonsil boleh membantu.
Jika anda atau orang tersayang mengalami simptom ini, dapatkan pemeriksaan awal di fasiliti kesihatan. Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kesihatan yang lebih baik.

Infografik : Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa
Sumber : Pejabat Kesihatan Daerah Kulim



