STATISTIK MIGRASI ANTARABANGSA, MALAYSIA, 2025

Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 merupakan penerbitan yang julung kali dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi membentangkan statistik migrasi antarabangsa di Malaysia. Penerbitan pertama yang diterbitkan ini memberi fokus kepada penyusunan data anggaran semasa penduduk Bukan Warganegara bagi 2025 di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.

Selain itu, statistik satelit yang berkaitan stok penduduk Bukan Warganegara di Malaysia dan Warganegara di luar negara turut dimuatkan pada penerbitan ini sebagai indikator tambahan dan pelengkap. Statistik ini disusun berdasarkan konsep dan garis panduan Recommendations on Statistics of International Migration and Temporary Mobility 2025.

PENEMUAN UTAMA ANGGARAN SEMASA PENDUDUK BUKAN WARGANEGARA

  • Jumlah penduduk Bukan Warganegara di Malaysia pada 2025 dianggarkan 3.38 juta.
  • Peratusan penduduk Bukan Warganegara pada 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 mata peratus berbanding pada 2024.
  • Kadar pertumbuhan tahunan penduduk Bukan Warganegara menurun daripada 13.6 peratus pada 2024 kepada -0.5 peratus pada 2025.
  • Nisbah jantina penduduk Bukan Warganegara di Malaysia adalah 228 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
  • Umur penengah penduduk Bukan Warganegara pada 2025 ialah 29.2 tahun, meningkat sebanyak 0.2 tahun daripada 29.0 tahun pada 2024.
  • Komposisi penduduk Bukan Warganegara umur bekerja (15-64 tahun) menurun kepada 79.8 peratus (2.70 juta orang) pada 2025 daripada 79.9 peratus (2.71 juta orang) pada 2024.
  • Nisbah tanggungan jumlah kekal tidak berubah pada 2024 dan 2025 iaitu 25.2.

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …