PERMUKIMAN KERAJAAN MADANI 2026, HAJIJI KETUAI DELEGASI SABAH

MESRA: Hajiji (kiri) saling bertegur mesra dengan Abang Johari semasa hadir Permukiman Kerajaan MADANI 2026 hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengetuai delegasi dari Sabah bagi menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 selama dua hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran KWSP Bangi, Selangor bermula 10 Januari.

Delegasi Sabah turut disertai Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada hari pertama permukiman itu.

Pada hari kedua, Hajiji turut membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu semasa kepentingan rakyat dari perspektif Sabah.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri-Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari (Selangor),  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Onn Hafiz Ghazi (Johor), dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), selain semua menteri Kabinet Persekutuan.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …