PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU MELAKA 2026 MENINGKAT 3.5 PERATUS

Ayer Keroh – Seramai 14,220 murid tahun satu telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2026/2027 di seluruh Negeri Melaka sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 478 orang atau 3.5 peratus berbanding 13,742 murid pada tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, peningkatan itu direkodkan berdasarkan data pendaftaran sehingga 9 Januari 2026 yang diperoleh daripada ketiga-tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Menurutnya, Melaka Tengah merekodkan jumlah tertinggi dengan 8,475 murid berbanding 8,318 murid pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 157 murid.

“Di Alor Gajah, pendaftaran meningkat daripada 3,195 murid kepada 3,394 murid, manakala Jasin mencatatkan pertambahan daripada 2,229 murid kepada 2,351 murid.

“Peningkatan ini berlaku di semua daerah, khususnya di kawasan pinggir bandar Melaka Tengah serta Alor Gajah dan Jasin.

“Ia menunjukkan trend pertumbuhan populasi kanak-kanak yang semakin meningkat di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa angka tersebut masih bersifat sementara kerana pendaftaran masih berjalan sehingga hari pertama persekolahan pada 12 Januari 2026.

“Peningkatan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh kadar kelahiran yang tinggi pada tahun 2019.

“Kerajaan Negeri akan terus memastikan kemudahan dan prasarana sekolah berada dalam keadaan baik bagi menampung pertambahan bilangan murid serta menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …