PBT MELAKA RANCAKKAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0

Ayer Keroh – Kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini komited merancakkan lagi sektor pelancongan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kesiapsiagaan itu dizahirkan dengan pelbagai usaha, khususnya dalam sudut pengindahan di lokasi tumpuan.

“Pada masa sama, keceriaan di pintu masuk dan produk pelancongan menjadi antara yang diberi perhatian serius, memandangkan Melaka sentiasa menjadi negeri terkehadapan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Program Jom Ke Sekolah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB yang turut dihadiri Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Menurut Zulkiflee, selain kebersihan dan keceriaan, kesemua PBT di negeri ini juga akan meneruskan pelbagai agenda kemasyarakatan seperti baik pulih rumah dan penyampaian sumbangan kepada komuniti memerlukan di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Saya percaya segala usaha ini berupaya memaparkan komitmen tinggi PBT dalam dekat di hati masyarakat, khususnya di Negeri Melaka,” tambahnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …