HENTIKAN RANTAIAN GELAP CSAM, LINDUNGI KANAK-KANAK

Child Sexual Abuse Material (CSAM) atau bahan eksploitasi seksual kanak-kanak merupakan antara jenayah paling kejam dalam dunia digital.

Ancaman ini meningkat apabila penjenayah menggunakan ruang siber untuk menyebarkan, menyimpan dan mengambil kesempatan ke atas nasib malang mangsa untuk mendapat duit

Usaha menghentikan rantaian gelap CSAM adalah tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

Apa Itu CSAM?

CSAM merujuk kepada bahan seperti gambar, video atau rakaman digital yang memperlihatkan penderaan, eksploitasi atau aktiviti seksual melibatkan kanak-kanak.

Ia menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa kerana setiap perkongsian semula dianggap sebagai penderaan berulang.

Mengapa CSAM Berbahaya?

  1. Penderaan berpanjangan terhadap mangsa.
  2. Sukar dipadam sepenuhnya dari internet.
  3. Mewujudkan komuniti gelap yang bertukar bahan.
  4. Meningkatkan risiko jenayah seksual baharu.

Kerjasama Nasional dan Antarabangsa

Undang-undang perlu diperkukuh, teknologi pengesanan dipertingkat, dan platform digital mesti memainkan peranan besar melalui sistem pengesanan automatik seperti AI dan hash CSAM.

Pendidikan keselamatan digital kepada kanak-kanak dan ibu bapa juga amat penting.

Peranan Masyarakat

Masyarakat perlu melapor jika menemui bahan mencurigakan:

– Jangan simpan

– Jangan sebarkan

– Laporkan terus kepada PDRM atau Cyber999@ CSM

( CSM ialah pusat pakar keselamatan siber negara.

Pergi ke   www.cybersecurity.my untuk maklumat lanjut )

Sokongan Kepada Mangsa

Mangsa CSAM memerlukan kaunseling, perlindungan identiti dan sokongan jangka panjang untuk memulihkan trauma.

Kesimpulan

CSAM adalah ancaman yang meragut keselamatan dan masa depan kanak-kanak. Semua pihak mesti berganding bahu bagi menghentikan rantaian gelap ini demi melindungi generasi masa depan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …