JKNT CIPTA SEJARAH: PUSAT DERMA DARAH STATIK DIBUKA

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mencipta sejarah apabila muncul sebagai negeri ketiga di Malaysia selepas Lembah Klang dan Johor yang membuka Pusat Derma Darah Statik di pusat beli-belah.

Menurut Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong, pembukaan pusat ini bertujuan memberi ruang dan kemudahan seluasnya kepada masyarakat untuk menderma darah dalam suasana yang lebih selesa dan mudah diakses. Inisiatif ini bukan disebabkan kekurangan bekalan darah, sebaliknya sebagai usaha berterusan untuk menggalakkan amalan menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menggunakan antara 60 hingga 70 pain darah sehari, dengan setiap pain mengandungi 450 mililiter darah. Setakat ini, bekalan darah khususnya jenis O masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit.

Sambutan masyarakat amat menggalakkan apabila antara 30 hingga 40 pain darah berjaya dikumpulkan setiap hari sejak pusat ini mula beroperasi awal bulan ini. Antara kelebihan pusat ini ialah kemudahan parkir yang lebih selesa berbanding di hospital.

📍 Lokasi: Tingkat 2, Kuala Terengganu City Centre (KTCC)
🕒 Waktu Operasi:
▪ Setiap hari: 12.00 tengah hari – 8.00 malam
▪ Jumaat: 2.30 petang – 8.00 malam

❤️ Teruskan sokongan anda. Derma darah, selamatkan nyawa. ❤️

#DermaDarah #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #PrihatinMasyarakat

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …