LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES PUKUL PELAJAR MADRASAH

TULAR: Tangkap layar video tular menunjukkan suspek memukul kumpulan remaja berkenaan.

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta penderaan kanak-kanak susulan penularan rakaman video di media sosial, membabitkan kejadian di sebuah premis perniagaan di sekitar bandar raya ini.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.55 malam, 14 Disember lalu, membabitkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tindakan penahanan dibuat hasil maklumat yang diterima pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian serta peranan individu terlibat berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan diminta menghormati privasi semua pihak terlibat,” katanya.

Beliau juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul beberapa remaja di sebuah premis perniagaan.

Rakaman itu turut menunjukkan lelaki berkenaan menampar, memukul dan menendang mangsa, termasuk menggunakan topi keledar, sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …