LEBIH 19,000 PESAKIT MENTAL DI NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN PALING RAMAI

Negeri Sembilan merekodkan sejumlah 19,264 pesakit mental sejak 2021 dengan daerah ini tertinggi membabitkan 11,090 pesakit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO negeri, Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, daerah lain pula membabitkan Kuala Pilah (2,456), Port Dickson (2,174), Jempol (1,039), Tampin (1,008), Rembau (812) dan Jelebu (685).

Data hospital kerajaan di Negeri Sembilan juga, katanya menunjukkan 285 pesakit menghidap skizofrenia, 319 kemurungan dan sembilan membabitkan ‘anxiety’ (keresahan) sedang menerima rawatan.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dapatan saringan, antara punca masalah kesihatan mental dan penyakit mental ialah tekanan hidup dan ekonomi iaitu kos sara hidup yang meningkat, pengangguran serta hutang isi rumah.

Selain itu masalah keluarga dan hubungan sosial iaitu konflik rumah tangga, perceraian, kekurangan sokongan emosi dan masalah kesihatan kronik serta bencana beban penyakit tidak berjangkit (NCD) serta kehilangan harta benda.

Menurut Tengku Zamrah, kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh kesihatan mental rakyat. Antaranya termasuk promosi kesihatan mental, pemantapan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan pengembangan Perkhidmatan Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI).

Negeri Sembilan satu-satunya yang mempunyai tiga Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI) iaitu di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Hospital Port Dickson dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …