15 INDIVIDU DITAHAN TERBABIT AKTIVITI LUMBA HARAM DI APIN-APIN KENINGAU

RAMPAS: Antara motosikal yang dirampas selepas terbabit dalam kegiatan lumba haram.

KENINGAU: Seramai 15 individu ditahan dalam operasi khas selepas terbabit kegiatan lumba motosikal haram di Jalan Keningau–Apin-Apin berhampiran Kilometer 4 pada awal Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Anak Garai berkata, operasi digerakkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Keningau selepas menerima maklumat mengenai perlumbaan yang mencetuskan situasi berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Hasil operasi berjaya menahan semua peserta lumba haram di lokasi dan empat kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal turut disita bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan, Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan galangan jalan, serta Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam aktiviti lumba haram yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kegiatan lumba haram bagi membantu PDRM membanteras aktiviti itu,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …