MAYAT NELAYAN HILANG DITEMUKAN, OPERASI CARI RAKAN MASIH DITERUSKAN

Mayat nelayan hilang ditemukan, operasi cari rakan masih diteruskan

SANDAKAN: Seorang daripada dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia di perairan Pulau Nunuyan, tengah hari tadi.

Mayat mangsa terbabit ditemukan pasukan penyelam Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) Maritim Malaysia pada jam 12.22 tengah hari, tadi.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 8.1 batu nautika utara Pulau Nunuyan, lokasi dipercayai bot mangsa karam.

“Identiti mangsa sedang dikenal pasti namun pengecaman awal oleh keluarga mengesahkan mayat berkenaan sebagai Akbar, 24, warganegara Indonesia, yang merupakan salah seorang kru bot yang hilang.

“Mayat sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses seterusnya termasuk pengecaman rasmi dan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) hari kedua itu melibatkan pelbagai agensi keselamatan termasuk Maritim Malaysia melalui aset KM PERINGGI, Bot BANGGI 44 dan Bot ADAL 14.

“Turut membantu operasi ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan penyelam turut digerakkan untuk mengesan seorang lagi mangsa, berusia 32 tahun selain mencari bot nelayan terbabit,” katanya.

Menurutnya, operasi akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemukan atau menerima arahan lanjut daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia turut berhubung rapat dengan pihak konsulat Indonesia berhubung perkembangan insiden ini.

Beliau turut menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dengan memakai jaket keselamatan, memastikan peralatan komunikasi berfungsi dan memeriksa keadaan bot sebelum belayar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini diminta menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-221923,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …