17 PEMBANTU MENTERI, ENAM ADUN DILANTIK ANGKAT SUMPAH

  PELANTIKAN: Musa menyampaikan watikah pelantikan kepada Roger pada Majlis Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan ADUN Dilantik di Istana Seri Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah seramai 17 pembantu menteri dan penyerahan watikah pelantikan kepada enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis penuh istiadat itu menyaksikan pelantikan pembantu-pembantu mMenteri baharu merangkumi wakil dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan ADUN Bebas.

Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan jemaah Kabinet Negeri Sabah.

Antara yang mengangkat sumpah jawatan ialah ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah, ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; ADUN Labuk, Datuk Samad Jamri; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury;  ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam; ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding, dan ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum.

ANGKAT SUMPAH: Joniston mengangkat sumpah jawatan pembantu menteri di hadapan Musa pada majlis itu.

Turut disenaraikan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Kukusan, Datuk Rina Zainal; ADUN Bandau, Datuk Dr. Maijol Mahap; ADUN Dilantik Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Tanjong Batu, Dr. Andi MD. Samsureezal; ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron; dan ADUN Bingkor, Datuk Mohd. Ishak Ayub.

DILANTIK: Mandela mengangkat sumpah selepas menerima pelantikan sebagai ADUN Dilantik.

Majlis turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik iaitu Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Haji Abdul Kassim Razali; Datuk Chin Shu Ying; Datuk Ceasar Mandela Malakun; bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin, dan Grace Lee Li Mei.

WATIKAH: Ishak menerima watikah pelantikan daripada Musa pada majlis itu.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …