SIRI III: STATISTIK KECENDERUNGAN PERNIAGAAN, SUKU KEEMPAT 2025 Siaran Terkini : 27 November 2025

JANGKAAN HASIL KASAR DAN BILANGAN PEKERJA

Sejumlah 30.6 peratus responden menjangkakan hasil kasar mereka meningkat pada suku tahun keempat 2025, manakala 22.7 peratus pula menjangkakan penurunan, menghasilkan imbangan bersih berjumlah +7.9 peratus. Pada masa yang sama juga, 46.8 peratus responden meramalkan hasil kasar mereka tidak berubah.

Dari segi pekerjaan, 76.5 peratus peniaga menjangka untuk mengekalkan pekerja mereka sehingga suku tahun keempat 2025. Sebanyak 14.7 peratus responden menjangkakan untuk mengambil lebih ramai pekerja, manakala 8.8 peratus pula menjangka untuk mengurangkan bilangan pekerja mereka, menghasilkan imbangan bersih sebanyak +6.0 peratus bagi suku tahun rujukan (Paparan V).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …