SIRI II: STATISTIK KECENDERUNGAN PERNIAGAAN, SUKU KEEMPAT 2025 SIARAN TERKINI : 27 NOVEMBER 2025

Pada suku tahun keempat 2025, Petunjuk keyakinan perniagaan peringkat negeri menunjukkan corak bercampur, dengan beberapa negeri mencatatkan peningkatan keyakinan yang ketara seperti yang diperhatikan di Johor (+8.7%), Kedah (+4.2%), Kelantan (+10.4%), Negeri Sembilan (+4.7%), Pahang (+2.9%), Selangor (+8.0%), Terengganu (+7.3%), Sabah (+0.9%), Sarawak (+5.3%), W.P. Kuala Lumpur (+7.0%), W.P. Labuan (+0.2%) dan W.P. Putrajaya (+3.8%). Sementara itu, Melaka (-6.0%), Pulau Pinang (-0.7%), Perak (-1.4%) dan Perlis   (-0.5%) menunjukkan pesimisme, menggambarkan bahawa walaupun terdapat peningkatan keyakinan di banyak negeri, beberapa negeri lain terus berhadapan cabaran yang menekan prospek perniagaan mereka seperti yang digambarkan dalam Paparan III.

Pada suku tahun keempat 2025, Imbangan Bersih peringkat negeri memperlihatkan majoriti negeri menunjukkan pengukuhan namun beberapa negeri masih bergerak dalam arah bertentangan. Keyakinan yang kukuh dicatatkan di Johor (+11.4%), Kedah (+20.3%), Negeri Sembilan (+8.9%), Pulau Pinang (+6.8%), Perak (+8.2%), Perlis (+9.3%), Selangor (+12.5%), Terengganu (+13.7%), Sabah (+24.1%), Sarawak (+6.3%), W.P. Kuala Lumpur (+15.5%) dan W.P. Putrajaya (+4.1%). Sebaliknya, Kelantan (-3.9%), Melaka (-5.8%), Pahang (-8.2%) dan W.P. Labuan (-4.1%) menunjukkan bacaan negatif, menggambarkan bahawa pertumbuhan keyakinan tidak sekata antara negeri, dengan sebahagiannya terus berdepan tekanan meskipun trend keseluruhan kekal positif seperti yang digambarkan dalam Paparan IV.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …