BANJIR: PELAN KONTINGENSI BANTU 649 CALON SPM TERENGGANU BERISIKO TERJEJAS

Sebanyak 33 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu telah dikenal pasti berisiko terjejas akibat banjir sepanjang tempoh peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 25 November 2025. Menurut Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed, seramai 649 calon SPM terjejas.

Penilaian tersebut dibuat berdasarkan rekod lampau banjir tahun-tahun kebelakangan termasuk kedudukan lokasinya berhampiran sungai dan kawasan rendah serta risiko laluan terputus.

Sebanyak 12 pusat peperiksaan berisiko banjir dikenal pasti di Setiu, Hulu Terengganu (enam), Kemaman (lima), Besut (empat), Dungun (tiga), Kuala Nerus (dua) dan Marang (satu).

Sehubungan itu, sebanyak 13 pusat peperiksaan telah disenaraikan sebagai lokasi alternatif yang akan diaktifkan serta-merta sekiranya berlaku banjir pada hari peperiksaan SPM. Antara pusat peperiksaan alternatif tersebut ialah SMK Ajil, SMK Landas dan SMK Kuala Telemong yang terletak di Hulu Terengganu.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) juga telah menyediakan pelan kontingensi termasuk pemindahan calon ke pusat peperiksaan lain sekiranya lokasi asal tidak dapat beroperasi akibat banjir.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …