AWAS! INFLUENZA DI TEMPAT KERJA

Lindungi diri dan rakan sekerja anda

Apa Itu Influenza (Flu)?

Influenza ialah jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Ia boleh menyerang hidung, tekak, dan paru-paru, serta mudah merebak daripada seorang ke seorang melalui titisan pernafasan apabila seseorang batuk, bersin, atau bercakap.

Walaupun kelihatan seperti selesema biasa, influenza boleh menyebabkan komplikasi serius, terutama bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, warga emas dan kanak-kanak.

Tanda-Tanda Influenza

  • Demam tinggi
  • Batuk dan sakit tekak
  • Sakit otot, sendi dan kepala
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Keletihan melampau

Langkah Segera Jika Anda Mengalami Tanda Influenza

  • Dapatkan rawatan segera di klinik panel atau klinik berhampiran.
  • Maklumkan kepada penyelia atau HR tentang keadaan kesihatan anda.
  • Rehat di rumah sehingga benar-benar pulih sepenuhnya.
  • Elakkan berada di tempat tumpuan ramai bagi mengelakkan jangkitan.
  • Bersihkan permukaan dan peralatan kerja yang sering disentuh.

Langkah Pencegahan Influenza di Tempat Kerja

  1. Amalan kebersihan diri
  • Basuh tangan dengan sabun atau gunakan sanitizer secara berkala.
  • Tutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk menggunakan tisu atau siku.
  • Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah bertutup.
  1. Kebersihan persekitaran kerja
  • Bersihkan meja, papan kekunci, dan telefon pejabat setiap hari.
  • Pastikan kawasan kerja mempunyai pengudaraan yang baik.
  1. Gaya hidup sihat
  • Ambil makanan berkhasiat dan cukup tidur.
  • Dapatkan vaksin influenza setiap tahun sebagai langkah pencegahan tambahan.
  1. Etika sosial di tempat kerja
  • Elakkan berjabat tangan jika tidak sihat.
  • Gunakan pelitup muka jika mengalami simptom ringan.
  • Galakkan rakan sekerja lain untuk memeriksa kesihatan jika bergejala.

Kesimpulan

Kesedaran dan tindakan bersama amat penting untuk mengawal penularan influenza di tempat kerja. Dengan menjaga kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal, dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat melindungi diri sendiri serta rakan sekerja daripada risiko jangkitan.

Jaga diri, jaga rakan sekerja – kerana kesihatan tempat kerja adalah tanggungjawab bersama.

Care for Life and Beyond.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …