RANAU, 22-23 Nov – Program Community Based Security Management (CBSM) anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah bersama komuniti Kampung Meridi, Ulu Sugut berlangsung meriah selama dua hari bermula 22 hingga 23 November 2025 dengan tema “Komuniti MADANI, Rakyat Harmoni”.
Program yang dijalankan di Padang dan Dewan Serbaguna Kg. Meridi itu mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ranau, Bomba Daerah Ranau, JPKK Kg. Meridi, Persatuan Belia Kg. Meridi dan Persatuan Orang Sungai Ranau.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021–2025 dan Konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC), selain memperkukuh perpaduan serta hubungan antara agensi kerajaan dan penduduk setempat.
Aktiviti Dua Hari
Pada hari pertama, pelbagai sukan rakyat dianjurkan termasuk senam robik, pertandingan bola tampar, sukaneka, boling padang, bola beracun, serta aktiviti kanak-kanak seperti cari duit dalam tepung dan tiup belon. Aktiviti ini berjaya menarik penyertaan ramai penduduk dan mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan komuniti.
Hari kedua pula dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu patriotik, sebelum diteruskan dengan taklimat AADK bertajuk “Sayangi Keluarga, Jauhi Dadah” dan pameran berkaitan pencegahan dadah.
Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai DKN 2021–2025 serta menyaksikan demonstrasi memadam kebakaran oleh Bomba Ranau. Kuiz keselamatan dan cabutan tiket bertuah turut diadakan bagi memeriahkan program.
Komitmen Terus Diperkukuh
Program CBSM ini dilihat sebagai platform penting dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dan memperkasakan masyarakat setempat dalam menghadapi cabaran semasa. Penganjur berharap hubungan erat antara agensi kerajaan dan komuniti akan terus diperkukuh melalui inisiatif seumpama ini.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah



