OPERASI TIRAI BIRU 2025 – MELAKA

Melaka – OPERASI TIRAI BIRU 2025 tercetus daripada sinergi gerak kerja di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Melaka dan telah dipersetujui Pengerusi bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Melaka bagi tahun 2025.
Operasi ini juga dijalankan sebagai platform tindakan bersepadu merangkumi rondaan bersama, gerak kerja seperti pemeriksaan individu, kenderaan dan dokumen, kapal serta permis, libat urus komuniti maritim demi memperkukuh keselamatan perairan dan meningkatkan keberkesanan penyelarasan operasi antara agensi.
Antara Objektif Op Tirai Biru:-
1. Memperkukuh koordinasi serta kesiapsiagaan operasi antara agensi-agensi penguatkuasaan maritim dan daratan melalui pelaksanaan rondaan bersepadu dan perkongsian maklumat operasi;
2. Meningkatkan kecekapan tindakan pencegahan, pengesanan, dan pemantauan terhadap sebarang bentuk aktiviti haram di perairan negeri, termasuk penyeludupan, pencerobohan,
dan perikanan tanpa kebenaran; dan
3. Menjalin hubungan strategik dan kolaboratif antara agensi keselamatan laut dengan komuniti maritim tempatan bagi memperkukuh kesedaran keselamatan serta memperluas jaringan sokongan masyarakat terhadap keselamatan perairan negeri.
Operasi ini membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Marin Wilayah 2 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka, serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.
Sumber : FB MKN Melaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …