𝗒𝗣 π—§π—œπ—₯π—”π—œ π—•π—œπ—₯𝗨 π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π—”π—šπ—˜π—‘π—¦π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π——π—œ π—£π—˜π—₯π—”π—œπ—₯𝗔𝗑 π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”

Kuala Linggi – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab menyelaras Op TIRAI BIRU yang berlangsung selama dua hari bermula 24 hingga 25 November 2025, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta tahap keselamatan di perairan Negeri Melaka walaupun berdepan dengan cabaran cuaca Monsun Timur Laut.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, operasi bersepadu yang julung kali dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada pemantauan ketat di perairan termasuk pesisir pantai terhadap aktiviti mencurigakan serta penguatkuasaan undang-undang berpandukan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Operasi Bersepadu Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Operasi ini membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah serta Pasukan Polis Marin Wilayah 2 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.
Taklimat Operasi Bersepadu Op TIRAI BIRU telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan semalam yang bertujuan memperincikan strategi operasi hari kedua termasuk penyelarasan rondaan, pengukuhan mekanisme perkongsian maklumat serta penetapan peranan setiap agensi.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Komander Maritim Norrimi bin Hassan.
Secara keseluruhan, seramai 28 pegawai dan 73 anggota digerakkan dengan kekuatan 11 aset darat serta lima aset laut melibatkan rondaan, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh operasi.
Sebanyak 22 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan vesel di laut serta kenderaan dan premis di pesisir pantai. Seramai 153 individu diperiksa yang terdiri daripada 56 warganegara dan 97 bukan warganegara, merangkumi 46 warga China, 23 warga Indonesia, 15 warga India, enam warga Ukraine, lima warga Georgia, seorang warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh.
Daripada jumlah tersebut, seramai tiga individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kerjasama strategik melalui Op TIRAI BIRU ini akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Sumber : FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …