OP TIRAI BIRU : 153 INDIVIDU DIPERIKSA, 3 DITAHAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Seramai 153 individu berusia 24 hingga 60 tahun diperiksa dalam Operasi Bersepadu Op Tirai Biru yang dijalankan selama dua hari pada 24 hingga 25 November lalu.

Pemeriksaan melibatkan 56 warganegara dan 97 bukan warganegara.

Daripada jumlah tersebut, tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia dan Pakistan berusia antara 26 hingga 56 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi kenyataan di Facebook, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Salehuddin Zakaria, berkata 22 pemeriksaan telah dilaksanakan membabitkan kapal, kenderaan dan premis di pesisir pantai sepanjang operasi.

Beliau menambah operasi julung kali diadakan itu menumpukan pemantauan ketat di perairan serta kawasan pesisir, khususnya terhadap aktiviti mencurigakan, selaras dengan SOP COMSEC yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Operasi itu bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan dan tahap keselamatan di perairan Negeri Melaka, meskipun berdepan dengan cabaran cuaca Monsun Timur Laut.

Operasi turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

Jelas Salehuddin, kerjasama strategik melalui Op Tirai Biru akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sumber : Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …