TAKLIMAT KHAS TIMBALAN KOMANDER 514 ASKAR WATANIAH KEPADA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad selaku pengerusi JAKPAW Negeri Melaka menerima taklimat daripada Leftenan Kolonel Tuan Mohd Dhany bin Mohd Nor, Timbalan Komander 514 Askar Wataniah di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Taklimat yang diterima memfokuskan kepada tahap kesiapsiagaan anggota serta pelaksanaan program dan latihan sehingga Disember 2025, termasuk usaha memperkukuh ilmu dan kemahiran ketenteraan. Turut dikongsikan ialah perancangan program bagi tahun 2026 yang dirangka bagi memastikan kekuatan dan keupayaan pasukan terus dipertingkat secara berterusan.
YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Rejimen 514 Askar Wataniah atas komitmen berterusan dalam memperkukuh pasukan simpanan, khususnya dalam membangunkan penyertaan dan keupayaan anak-anak watan Negeri Melaka.
Sumber : FB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …