BAJET 2026 MELAKA: TINGKAT KUALITI KEMUDAHAN AWAM, TUMPU ISU KESIHATAN MENTAL JADI ‘WISHLIST’ RAKYAT

Klebang – Menjelang pembentangan Belanjawan Melaka 2026 pada Disember ini, penduduk Melaka menyuarakan pelbagai harapan buat Kerajaan Negeri.
Tinjauan Melaka Hari Ini di Pantai Klebang mendapati ramai penduduk negeri ini berharap belanjawan tahun hadapan memberi impak langsung kepada kehidupan seharian mereka, menerusi penyediaan kemudahan awam lebih berkualiti dan inisiatif dalam menangani isu kesihatan mental.
Katijah Yasin, 45, dari Batu Berendam berkata Kerajaan Negeri diminta untuk meningkatkan lagi tahap kualiti infrastruktur dan kemudahan awam.
“Kami harap pembinaan lebih banyak laluan pejalan kaki dan lampu jalan bagi mewujudkan suasana lebih selamat, begitu juga dengan kawasan hijau bagi aktiviti riadah dan membudayakan amalan hidup sihat.
“Jangan lupa perlu juga sediakan kemudahan riadah yang mesra dan sesuai untuk kegunaan warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Infrastruktur mesra rakyat bukan sahaja memudahkan kehidupan harian, malah meningkatkan kualiti hidup,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.
Katijah juga menekankan perlunya Kerajaan Negeri menyelesaikan isu banjir yang melanda kejiranannya terutama setiap kali berlaku hujan lebat.
Sementara itu, bagi anak muda Mohd Firdaus Ali, 30, dari Pokok Mangga berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan berhubung isu sokongan mental golongan sasar seperti pelajar sekolah, belia baru tamat belajar dan pekerja sektor.
Jelasnya, ramai yang kurang peka dengan isu semakin membelenggu masyarakat dan Kerajaan Negeri boleh meningkatkan kesedaran serta kesejahteraan sejagat.
“Tingkatkan lagi penganjuran kempen kesedaran sosial seperti anti buli, pentingnya menjaga warga emas dan keselamatan di jalan raya.
“Selain itu, di Melaka ini setiap minggu akan ada pelbagai karnival dan festival, diharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat perbanyakkan lagi kawasan parkir atau menambah infrastruktur selamat di laluan utama,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …