MELAKA ELAK ATLET ‘DICURI’ MENJELANG SUKMA XXII

Bandaraya Melaka – Seramai 790 atlet sudah didaftar dalam senarai panjang untuk mewakili Melaka pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor pada tahun hadapan.

Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Datuk VP. Shanmugam berkata, selain sebagai persiapan awal kontinjen Melaka menghadapi temasya itu, pendaftaran awal tersebut juga bagi memastikan atlet-atlet berpotensi tidak mewakili negeri lain.

“Buat masa ini ‘long list’ sudah disediakan dan saya difahamkan terdapat sebanyak 790 nama telah didaftarkan.

“Tujuan kita mendaftarkan nama-nama ini adalah untuk memastikan supaya pemain-pemain atau atlet kelahiran Melaka yang mempunyai pengalaman dalam sukan dengan begitu baik tidak diambil oleh negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39 Bagi Tahun 2023/2024 yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di sebuah hotel di Lorong Bendahara, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh serta Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal.

Menurut Shanmugam, dalam mencungkil bakat baharu untuk mewakili Melaka, beberapa pertandingan acara sukan sudah diadakan, selain sesi latihan juga sedang dipergiatkan.

“Hasrat kita bukan sahaja untuk mengekalkan prestasi malah menambah baik pencapaian SUKMA yang direkodkan sebelum ini dan latihan bagi kesemua 37 jenis sukan juga sedang dipergiatkan.

“Untuk melatih pemain-pemain kita mempunyai jurulatih sepenuh masa, jurulatih separa masa dan sambilan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …