BAJET MELAKA 2026: PERTINGKAT AKSES KESIHATAN RAKYAT

Ayer Keroh – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berharap Bajet Melaka 2026 akan menyediakan peruntukkan dana tambahan bagi sektor kesihatan.

Katanya, sepanjang 2025 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah portfolio kesihatan termasuk penyediaan ambulans baharu serta ujian saringan kanser melalui Program MBIO Sihat dan Program Jom Sihat.

“Harapan saya agar Bajet 2026 akan ada peningkatan peruntukan untuk sektor kesihatan, tahun ini kita sudah melaksanakan beberapa inisiatif seperti tambahan ambulans, ujian saringan kanser dan program kesihatan komuniti.

“Justeru, saya berharap tahun 2026 akan ada penambahan lagi bagi sektor kesihatan demi menjamin kelestarian penduduk di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, beberapa permohonan tambahan peruntukan telah dimuktamadkan untuk dicadangkan dalam Bajet Melaka 2026, melibatkan beberapa aspek yang akan ditambah baik serta sebahagiannya dikekalkan seperti sedia ada.

“Kita mahu pastikan rakyat Melaka mendapat akses kesihatan yang lebih baik, cepat dan menyeluruh, dengan tambahan bajet ini saya yakin usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri dapat diteruskan dengan lebih berkesan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …