Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melaksanakan Program KAHA 2025 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di seluruh negeri Terengganu.
💠 Siapa yang layak menerima bantuan KAHA 2025?
Bantuan ini diberikan kepada penerima Bantuan Bulanan, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Sewa Rumah, dan Bantuan Perubatan Am di bawah MAIDAM yang menerima bantuan antara 1 Januari hingga 31 Ogos 2025 bagi Fasa 1.
💰 Kadar Bantuan KAHA 2025:
RM300.00 – Seorang diri
RM500.00 – Dua (2) hingga tiga (3) orang termasuk Ketua Isi Rumah (KIR)
RM700.00 – Empat (4) orang dan ke atas termasuk KIR
📆 Tempoh & Fasa Agihan:
Fasa 1 melibatkan penerima bantuan MAIDAM dari 1 Januari hingga 31 Ogos 2025.
Tempoh pembelian bantuan: 9 November 2025 hingga 31 Januari 2026. (Tertakluk kepada perubahan)
Fasa 2 melibatkan penerima bantuan MAIDAM dari 1 September hingga 31 Disember 2025
Tempoh pembelian bantuan: 1 Januari hingga 31 Mac 2026. (Tertakluk kepada perubahan)
🛒 Kaedah Bantuan:
Bantuan diberikan melalui 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗯𝘂𝘀𝗮𝗻 di kedai-kedai, farmasi dan klinik terpilih yang terpilih merangkumi
- Barangan kering & basah;
- Bayaran utiliti termasuk Tambah Nilai telefon;
iii. Ubat-ubatan di farmasi, rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta terpilih;
- Pakaian termasuk pakaian sekolah.
Hanya perlu membawa Kad Pengenalan di kedai, farmasi dan klinik panel terpilih.
🏪 Kedai Panel Terlibat:
Pasaraya / Kedai Runcit:
♦ Pasaraya Sakan
♦ Sabasun
Farmasi / Klinik:
♦ Farmasi Gpharmax
♦ Klinik Hijraa
Senarai kedai, farmasi dan klinik panel ini akan ditambah dari semasa ke semasa.
🌐 Semakan & Maklumat Lanjut:
Pautan laman web untuk semakan kelayakan penerima dan senarai penuh kedai panel akan diberikan semula melalui laman web rasmi dan saluran media MAIDAM selepas ini.

Sumber: Laman FB Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)



