SIRI II: PERANGKAAN PENTING, MALAYSIA, 2025 Siaran Terkini : 16 Oktober 2025

Semua negeri merekodkan penurunan CBR pada 2024 berbanding 2023. Terengganu merekodkan CBR tertinggi dengan 19.3 kelahiran, manakala Pulau Pinang merekodkan CBR terendah dengan 10.1 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk. Selain itu, enam negeri merekodkan CBR melebihi paras nasional (12.2), iaitu Terengganu (19.3), Kelantan (16.9), Kedah (13.8), W.P. Labuan (13.0), Pahang (12.9) dan W.P. Putrajaya (12.9).

Kadar kesuburan jumlah (TFR) merekodkan penurunan daripada 1.7 anak pada 2023 kepada 1.6 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun pada 2024. TFR bagi semua kumpulan etnik utama menurun kecuali etnik Cina kekal tidak berubah dengan 0.9 anak pada 2024. Etnik Melayu merekodkan TFR tertinggi dengan 1.9 anak pada 2024, manakala etnik Cina merekodkan TFR terendah dengan 0.9 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun.

Terengganu merekodkan TFR tertinggi dengan 2.6 anak, manakala Pulau Pinang merekodkan TFR terendah dengan 1.2 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun. Selain itu, lima negeri merekodkan TFR melebihi paras nasional (1.6), iaitu Terengganu (2.6), Kelantan (2.3), Pahang (1.9), Kedah (1.8) dan W.P. Putrajaya (1.8).

Kematian yang direkodkan pada 2024 adalah 198,992 kematian, meningkat 1.0 peratus (2,027 kematian) berbanding 196,965 kematian pada 2023. Kadar kematian kasar (CDR) turut merekodkan penurunan daripada 5.9 kematian (2023) kepada 5.8 kematian (2024) bagi setiap 1,000 penduduk. Bilangan kematian lelaki pada 2024 adalah 113,866 kematian atau 57.2 peratus daripada jumlah kematian. Manakala, bilangan kematian perempuan adalah 85,126 kematian (42.8%).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …