SIRI I: PERANGKAAN PENTING, MALAYSIA, 2025 Siaran Terkini : 16 Oktober 2025

Kelahiran hidup direkodkan pada 2024 adalah 414,918 kelahiran iaitu menurun 9.0 peratus (40,843 kelahiran) berbanding 455,761 kelahiran pada 2023. Kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing dengan 213,919 dan 200,999. Penurunan bilangan kelahiran ini telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 13.6 kelahiran pada 2023 kepada 12.2 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2024.

Etnik Melayu menyumbang 65.7 peratus (272,718 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada 2024 berbanding 67.0 peratus (305,494) pada 2023. Kelahiran hidup bagi etnik Cina merekodkan peningkatan daripada 9.8 peratus (44,818) kepada 10.8 peratus (44,914), manakala etnik India merekodkan penurunan daripada 4.4 peratus (20,064) kepada 4.3 peratus (17,914) pada 2024.

Bumiputera Lain menurun kepada 12.5 peratus (2023: 12.7%). Bumiputera Lain terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Bumiputera Semenanjung Malaysia lain. Bumiputera Sabah menyumbang 58.4 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (35.0%), Bajau (29.9%), Murut (6.7%) dan Bumiputera Sabah lain (28.4%). Bumiputera Sarawak (33.5%) terdiri daripada Iban (59.1%), Bidayuh (17.2%), Melanau (11.7%) dan Bumiputera Sarawak lain (12.0%).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …