TEGAS MEMBENTERAS PENIPUAN IDENTITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) terus memperkukuh iltizam dalam memastikan keselamatan dan integriti kawalan sempadan negara apabila seorang wanita warga Sri Lanka dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara kerana gagal membayar denda Mahkamah Sesyen (Khas PATI) di Jawi sebanyak RM5,000 atas kesalahan memiliki pasport Malaysia yang bukan miliknya.

Tertuduh ditangkap pada 8 Oktober 2025, kira-kira jam 2.30 petang, di Bilik Penyelia Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAB) selepas ditolak kemasukan ke Thailand oleh pihak berkuasa negara itu dan dirujuk semula oleh kakitangan penerbangan AirAsia.

Berdasarkan siasatan, tertuduh didapati memiliki senaskah pasport Malaysia yang telah disahkan sebagai pasport dilaporkan hilang oleh pemilik asalnya berdasarkan semakan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan dijatuhi hukuman sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 12(1) Akta yang sama.
Sumber : JIM Pulau Pinang https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …