DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan penuh penghargaan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi kedutaan negara-negara Amerika Latin yang terdiri daripada Chile, Peru, Colombia, Uruguay dan Mexico.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan operasi pelabuhan yang disampaikan oleh pihak PPSB, diikuti dengan lawatan tapak sekitar Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi mengenai operasi pelabuhan serta potensi hubungan kerjasama masa hadapan.
Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang



