TINDAKAN PANTAS PERLU DIAMBIL JIKA LANGGAR PERATURAN PRN17: FAHMI

SIDANG MEDIA: Fahmi mahu MCMC berbincang dengan SPR dan PDRM berhubung perkara berkaitan peraturan semasa PRN17 Sabah nanti.

KOTA KINABALU: Tindakan sewajarnya perlu dikenal pasti secara pantas jika berlaku sebarang perlanggaran peraturan semasa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah diadakan nanti.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarahkan supaya mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu.

“Kita menjangkakan bagi PRN17 Sabah, sudah pasti banyak aktiviti berkempen akan dilakukan secara dalam talian melalui media sosial.

“Jadi salah satu dari perkara itu ialah tindakan segera yang boleh diambil oleh pihak SPR untuk pastikan sekiranya ada sebarang kandungan yang dikenal pasti melanggar peraturan sempena PRN, maka boleh diambil tindakan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di sini hari ini.

Fahmi berkata, MCMC turut diminta mengadakan perbincangan dengan pihak PDRM untuk memberi taklimat kepada semua wakil calon yang akan melakukan pemantauan sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, langkah itu bagi memaklumkan kepada semua wakil calon untuk membuat aduan jika terdapat sebarang maklumat palsu ataupun bahan-bahan yang tidak dibenarkan tersebar dalam media sosial.

Pihaknya meminta pasukan MCMC yang akan bertemu dengan pihak Meta dan TikTok di Singapura minggu depan agar memberi penegasan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas dalam tempoh pilihan raya.

Katanya, tindakan itu berkait isu sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang, terutama peraturan pilihan raya yang dibangkitkan oleh pihak SPR, supaya pihak berkenaan harus mengambil tindakan serta-merta.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …