SUMBANGAN: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada penerima Tabung Kasih @HAWANA, wartawan Asia Times Pulse, Salamat @ John Tambanan (kanan), yang terjejas akibat tragedi menimpa rumahnya. –fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pengamal media menerusi penyaluran bantuan Tabung Kasih@HAWANA bagi membantu wartawan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Sabah baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang kini dalam lawatan kerja ke Sabah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Salamat Tambanan, 66, wartawan sambilan Asia Times Pulse yang kehilangan kediaman akibat bencana itu, di Kampung Sarapung, Penampang.
Pemberian sumbangan yang merangkumi bantuan kewangan dan barangan keperluan asas itu bagi membantu meringankan beban selain sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan kepada dunia kewartawanan.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj.
Salamat yang juga penerima ke-31 di Sabah telah berkhidmat sebagai wartawan sejak 1979.
Tabung Kasih@HAWANA yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi melalui Bernama telah memanfaatkan seramai 533 pengamal media di seluruh negara sejak dilancarkan pada April 2023 sempena sambutan HAWANA.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



