DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas Ops ‘Gempur Kenderaan Perdagangan’ di sekitar Batu Kawan, Bandar Cassia dan Jalan Perusahaan Valdor, dengan tumpuan utama kesalahan teknikal dan lebih muatan. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.
Pelbagai kesalahan teknikal dikesan terhadap kenderaan barangan seperti tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap, ubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Kesalahan lain dikesan membawa lebih muatan, tidak tutup muatan, langgar syarat lesen penggendali dan guna telefon bimbit semasa memandu. Sebanyak 2 buah kenderaan barangan membawa muatan melebihi 70% disita serta membawa muatan tidak dibenarkan seperti syarat lesen pengendali.
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



