TERENGGANU TERUS TERAJU AGENDA BANDAR PINTAR PANTAI TIMUR

Terengganu terus melangkah ke hadapan sebagai peneraju utama pembangunan bandar pintar di Pantai Timur menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik di bawah agenda Smart Terengganu 2040.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata usaha itu bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, tetapi bertujuan membina sebuah negeri yang berdaya tahan menghadapi perubahan zaman.

Negeri Terengganu berhasrat menjadi negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Kemajuan yang dimaksudkan bukan hanya diukur melalui bangunan atau infrastruktur, tetapi kesejahteraan hidup rakyat serta kekuatan nilai dan ilmu, katanya ketika berucap pada Majlis Terengganu Smart City Activation Day (TSCA.25) di Duyong Convention Center, The Langit Duyong Marina Resort, di sini, hari ini

Menurut beliau, intipati Smart Terengganu 2040 adalah berteraskan pembangunan berasaskan data, inovasi dan teknologi yang berpaksikan nilai Islam, budaya tempatan serta aspirasi rakyat.

Di samping itu, melalui perancangan rapi yang digerakkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia@Terengganu), negeri ini menjadi antara yang terawal menyiapkan Pelan Tindakan Bandar Pintar bagi setiap daerah sebagai panduan pelaksanaan sebenar di lapangan.

Wan Sukairi turut menegaskan bahawa kejayaan bandar pintar tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi, sebaliknya bergantung kepada nilai dan kolaborasi antara semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal, universiti, industri dan komuniti setempat.

“Teknologi hanyalah alat, keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana manusia di belakangnya mampu berfikir, bekerjasama dan bertindak sebagai satu ekosistem pintar dan TSCA.25 bukan sekadar acara tahunan, tetapi platform untuk menyatukan tenaga dan idea dalam merealisasikan aspirasi negeri. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, Terengganu akan terus menjadi negeri yang maju, berkat dan sejahtera ,” ujarnya.

Sumber : TRDI.my

https://www.trdi.my/terengganu-terus-teraju-agenda-bandar-pintar-pantai-timur?

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …