PROGRAM MERAKYATKAN SUKAN MELALUI KOMUNITI SELAMAT DAN SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025

11 Oktober 2025 : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKN NS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengambil inisiatif untuk mendekati komuniti dan penduduk setempat serta para belia di sekitarnya melalui kegiatan sukan, aktiviti kecergasan dan kesihatan sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) yang juga dilaksanakan serentak di peringkat Kebangsaan.

HSN2025 daerah Jelebu mengetengahkan konsep Malaysia Madani dengan menekankan penghormatan serta meraikan kepelbagaian agama dan budaya antara kaum. Matlamat utamanya ialah menghidupkan kembali budaya kecergasan, rekreasi dan sukan rakyat dalam kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan komuniti cerdas, sihat dan bersatu padu.

Sambutan HSN2025 dilaksanakan secara fizikal di semua peringkat – kebangsaan, negeri dan daerah – berlandaskan prinsip “no one left behind”. Ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi turut melibatkan semua lapisan masyarakat, NGO dan organisasi sukan untuk bersama-sama merancakkan aktiviti kecergasan. Elemen 10 gaya hidup rakan muda juga diselarikan bagi memberi impak lebih luas serta menarik penglibatan generasi muda.

Penganjuran program ini mewujudkan hubungan serta jaringan sosial dan keselamatan yang baik antara MKN NS dengan komuniti dan masyarakat setempat. Penganjuran program ini juga bakal mewujudkan kesedaran berkaitan hal-hal keselamatan negara melalui aktiviti sukan, kesihatan dan kecergasan khususnya sempena Hari Sukan Negara 2025, selaras dengan empat teras utama Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu; Teras 2 (Kestabilan Sosio-Politik), 3 (Kesepaduan Nasional), 7 (Pembangunan Mampan), dan 8 (Keselamatan Rakyat).

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …